Kolej Ranaco

SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ RANACO

Ranaco ditubuhkan pada tahun 2004 untuk memenuhi keperluan tenaga kerja profesional yang semakin meningkat  dan juga kakitangan yang mahir di dalam bidang maritim, keselamatan, luar pesisir, logistik dan hospitaliti di rantau ini.

RANACO Marine Sdn. Bhd. menubuhkan RANACO Education & Training Institute (RETI), sebuah institut pengajian tinggi di bawah Akta Institut Pendidikan Tinggi (1996). RETI membuka pintunya kepada semua yang ingin meningkatkan prospek kerjaya mereka melalui konsep pendidikan dan latihan industri kami yang unik. Sehingga kini, RETI telah melahirkan lebih 10,000 graduan.

Semua program RETI diakreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia. Konsep unik kami dalam menyediakan sijil industri kepada semua graduan kami adalah untuk memastikan mereka bersedia untuk memasuki industri. Ini terbukti apabila lebih daripada 75% graduan kami bekerja di lapangan dalam tempoh 6 bulan selepas selesai. (TracerStudy oleh Kementerian Pengajian Tinggi).

Pada masa ini kampus RETI bertempat di Daerah Chukai Kemaman, Terengganu. Kesemua penuntut bagi diploma & TVET akan menjalani proses pemebelajaran disini sehingga tamat pengajian.

PENGASAS KOLEJ RANACO

Pengasas RETI, Allahyarham Kapten Dr Ramlan bin Ramli, merupakan seorang Kapten Kapal yang menawarkan perkhidmatan kepada industri maritim. Ini termasuk insurans perkapalan, luar pesisir, petrokimia serta industri kesihatan dan keselamatan pekerjaan. Beliau juga merupakan perunding antarabangsa dalam bidang ini. Khidmat cemerlangnya melayakkannya berstatus Kapten kapal dagang ketika usianya baru 28 tahun. Selepas mendapat ijazah Sarjana dari Sekolah Navigasi, akademi maritim terkemuka di Indonesia, beliau menamatkan PhD, dan melayakan beliau memperoleh gelaran Dr. Beliau pernah dilantik sebagai Pensyarah Sambilan dan Penasihat majlis Universiti Malaysia Terengganu, membuktikan dedikasi beliau dalam mendalami dan memajukan lagi bidang maritim negara. Di peringkat antarabangsa, beliau pernah dipanggil untuk mewakili Indonesia dalam Pertubuhan Maritim Antarabangsa anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan juga ditugaskan untuk membangunkan akta keselamatan dalam bidang maritim.

Ketika Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memperkenalkan lebih banyak undang-undang untuk mengawal selia industri perkapalan dan maritim, Allahyarham Kapten Dr. Ramlan menyedari bahawa terdapat keperluan mendesak untuk menyediakan pendidikan dan latihan yang sesuai untuk menambah baik dan meningkatkan tahap kompetensi pemain dalam industri. Oleh itu, beliau telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Institut Pendidikan dan Latihan RANACO (RETI) pada tahun 2004. Beliau telah meninggal dunia pada 24 Julai 2014

VIDEO KORPORAT RANACO EDUCATION & TRAINING INSTITUTION

BIDANG YANG DITAWARKAN DI KOLEJ RANACO

SEKTOR OIL & GAS
SEKTOR MARITIM
SEKTOR LOGISTIK
OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH
SEKTOR PERNIAGAAN
SEKTOR HOSPITALITI

KELULUSAN & PENGIKTIRAFAN

FASILITI & KEMUDAHAN KAMPUS

HUET Simulator
Fire Fighting Station
Nautical Simulator Room
Perpustakaan
Dapur Kulinari
Ship Controll Room
Dewan Kuliah
Bilik Kuliah
Engine Lab

KENAPA ANDA PERLU PILIH RANACO!

Sijil Yang Diiktiraf Oleh Industri
Jalinan Kerjasama Dengan Industri
Jaminan Kerja Dalam Tempoh 6 Bulan
Pengiktirafan Dari Badan Kerajaan Dan Industri
Kampus Terletak Di Lokasi Industri

ALUMNI RANACO

Effa - Diploma in Occupational Safety and Health

Saya memilih Ranaco kerana Ranaco antara institute yang terkenal dengan pencapaian pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang yang dipilih seperti bidang OSH., bidang maritime dan sebagainya. Selain daripada itu, Ranaco juga menawarkan yuran kursus yang murah berbanding institute pengajian yang lain serta silibu yang diperakui oleh MQA. SAYA JUGA MEMILIH Ranaco kerana program OSH yang menjadi pilihan saya mendapat perakuan daripada Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP).

Amir Naim - Diploma in Marine Cargo Surveying

Sebagai bekas pelajar jurusan Marine Cargo Surveying, saya kini sudah 5 tahun bekerja sebagai process technician di Singapore dalam company Air Liquid Singapore. All the best Ranaco and thanks for all the knowledge that I get from all the lecturers. Mungkin rezeki saya dalam bidang Marine Survey tak panjang but atas tiket Diploma yang saya dapat dari Ranaco, saya Berjaya bina kerjaya di Ranaco dalam industry Petrochemical dan Gas. SAYA BANGGA DENGAN RANACO!!

Ikram - Diploma In Integrated Management System

Sepanjang saya belajar di Ranaco, pelbagai ilmu dan perkongsian pengalaman kerja dari tenaga pengajar. Silibus dalam setiap pelajaran yang mencukupi, ringkas dn lengkap serta mudah difahami untuk dipelajari. Saya juga banyak mengikuti latihan dan menyertai pasukan ragbi serta pasukan Regimen Askar Wataniah dalm tempoh tersebut..

Haziq - Diploma In Occupational Safety & Health

Ranaco banyak mengajar dari sudut teori dan praktikal bukan sahaja di sesi kuliah malah juga di sesi tidak langsung.Isi kandungan silibus juga sentiasa dikemaskini seiring dengan isu-isu semasa yang berbangkit di lapangan insdustri. Teknik sesi pembelajaran 2 hala juga menarik perhatian saya untuk lebih focus ketika belajar. Pengalaman yang tidak dapat dibeli adalah bila dapat berborak dengan otai-otai industry yang berada di sekitar kemaman. Banyak ilmu dan manfaat yang telah dikongsi bersama.

Uswatun - Degree In Management

Ranaco adalah antara intitusi yang menyediakan tawaran pengajian yang relevan dengan perkembangan dan permintaan semasa industri. Selain itu pendedahan pembelajaran yang menyeluruh dari pensyarah uang berkaliber dan berpengalaman sangat membantu untuk menjadi graduan kompeten. Syabas Ranaco!

SOALAN LAZIM

Ranaco Education & Training Insitute (RETI) Terletak PT 4568 Jalan Bengkel 1, Kawasan Perindustrian Jakar II, 24000 Kemaman, Terengganu.

Pada masa ini, Ranaco Education menawarkan 2 peringkat pengajian sijil (TVET) & Diploma.

Bahasa pengantar yang digunakan sebagaimana yang diluluskan oleh MQA- ialah Dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu.

Berikut Merupakan sumber pembiayaan yang ada di Ranaco Education:-

– PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
– AFFIN EDUCATION FINANCING-I
– PEMBIAYAAN KHAS RANACO

– Cafe
– Library
– Trasportation
– Swimming Pool / Training pool
– Huet Simulator
– Fire Fighting Station
– Briefing Area
– Smoke House & Confined Space
– EBS LAB
– Classroom
– Life Boat & Muster Area

Dan Banyak Lagi

Program Jaminan Kerja adalah satu inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kolej Ranaco untuk membantu graduan mendapatkan perkerjaan  dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian